Thursday 29 May 2014

MH370

Refleksi MH370.


Berita tentang kehilangan pesawat Malaysia MH370 itu telah menyedihkan saya. Pada mulanya, ia agak pelik apabila saya terdengar berita tentang kehilangan itu pada pagi 8 Mac 2014. Saya bingung dan saya juga tertanya-tanya tentang bagaimanakah pesawat itu boleh lari daripada lokasi tujuannya. Saya berasa kasihan apabila melihat wajah-wajah keluarga mangsa kejadian itu. Sehingga sekarang, tiada yang tahu jika betulkah pesawat itu telah menjunam ke dalam air dan penumpangnya semua mati, atau pesawat itu masih ada tetapi lokasinya tidak dapat dicari.

Apa yang buat saya marah ialah apabila saya membaca komen-komen yang negatif terhadap berita tentang kehilangan pesawat itu kerana ramai orang tidak mempunyai sifat perikemanusiaan. Mereka cuma sekadar tuduh-menuduh Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai punca kemalangan ini. Padahal, kapten pesawat MH370 itu merupakan seorang juruterbang yang berpengalaman. Ada orang kata, dia mempunyai kebolehan untuk mendarat di lintasan yang amat kecil.

Kita harus bersabar dan bertenang sebelum membuat keputusan yang terburu-buru, dalam keadaan sebegini. Jika kita tidak buat sedemikian, pelbagai benda boleh terjadi gara-gara sebab satu perbuatan kecil yang boleh memulakan peperangan dan perghaduhan yang tidak perlu. Pada mereka yang masih tidak puas dan masih mahu membuat tidakan-tindakan yang tidak tertentu, saya nasihatkan supaya anda bersabar banyak-banyak dan redha dengan apa yang telah berlaku.

No comments:

Post a Comment