Thursday 29 May 2014

Menyertai Aktiviti Dianjurkan Sekolah


                                                    Perkhemahan Menengah Dua


Pada bulan Mac yang lalu, murid-murid menengah dua telah melalui sebuah perkhemahan bersama Camp Challenge yang terletak di Sembawang untuk selama tiga hari dua malam. Beberapa minggu sebelum perkhemahan itu, kami diberi sebuah senarai untuk barang-barang dan alat-alat yang diperlukan supaya mereka mempunyai cukup masa untuk bersedia dengan tiada masalah.

Semakin hari semakin tidak sabar murid-murid untuk perkhemahan itu. Apabila hari yang dinantikan sudah tiba, ramai diantara murid-murid boleh dilihat membawa segala jenis beg seperti mereka pergi melancong ke luar negara, terutama sekali mereka yang membawa bagasi. Kami diarahkan untuk pergi ke bilik darjah bersama kelas masing-masing selepas berhimpun di gelanggang sekolah untuk upacara menaikkan bendera. Semasa menunggu guru kelas saya, keadaan menjadi huru-hara kerana tiada sesiapapun yang mengambil inisiatif untuk menenangkan keadaan. Selepas guru sudah tiba, kami pun harus menaiki bas yang akan membawa kami ke tapak perkhemahan. Di dalam bas, kawan-kawan saya mendengar lagu-lagu melalui alat "earpiece", bernyanyi dengan kuat, mengambil gambar, dan berbual-bual sementara dalam perjalanan yang mengambil masa hampir-hampir sejam.

Setibanya kami di tapak perkhemahan, kami dikehendaki untuk berhimpun di sebuah dewan yang berhawa dingin, selepas dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing yang mempunyai murid-murid dari kelas-kelas yang lain. Para pelatih mengenalkan diri mereka kepada kami dan selepas itu kumpulan-kumpulan telah pergi ke lokasi aktiviti masing-masing. Apabila hari sudah petang, kami diarahkan untuk mendirikan khemah untuk tempat tidur kami selama dua malam itu. Sementara si murid lelaki tidur di khemah, murid perempuan pula tidu di tempat perhimpunan. Kami sepatutnya bangun tidur pada pukul 7 pagi tetapi, yang membuat saya terkejut ialah ramai murid lelaki sudahpun berlari-lari pada pukul 3 lebih pagi.

Apa yang kami menantikan pada hari kedua ialah pada malam itu kami ada acara unggun api. Itulah acara yang penting kerana kami telah berlatih gerak tari dan sorakan kami untuk menjadi kumpulan yang terbaik untuk acara itu. Seperti yang dijangka, lagu-lagu baru yang terkenal telah dimainkan, membuat keadaan sekeliling lagi meriah apabila murid-murid mengikut menyanyi lagu-lagu itu. Acara unggun api diakhiri dengan ucapan oleh pengetua sekolah, Mr Kwok dan ia membuat kami sedih untuk meninggalkan perkhemahan itu.

Pada hari ketiga pula, kami harus mengemas barang-barang kami dan membuang sampah-sampah yang ada di daerah-daerah yang diberikan kepada setiap kumpulan. Sebelum kami berpisah, murid-murid telah mengambil gambar bersama pelatih-pelatih sebagai kenangan untuk perkhemahan itu..

No comments:

Post a Comment